Sejarah penubuhan Parti Harapan Malaysia

Parti Harapan Malaysia pada mulanya ditubuhkan menggunakan nama Parti Harapan Rakyat Malaysia (PHR). Borang telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2 Oktober 2015 tetapi RoS tidak membenarkan nama PHR. [1]. PHM ditubuhkan sebagai parti serpihan dari Parti Keadilan Rakyat [2] pada tahun 2015, berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu kerana PKR telah memecat YB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor melalui Langkah Kajang. PHM diasaskan oleh golongan pro Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, aktivis PKR dan golongan akar umbi PKR. PHM dipercayai akan bergabung dalam Gagasan Sejahtera serta bertanding dalam PRU14.